Berita Pendidikan

Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan (PLAK) Sungai Petani Tidak Bertoleransi Terhadap Jenayah Rasuah

SUNGAI PETANI, 24 Apr – Warga kerja Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan (PLAK) Sungai Petani menzahirkan janji memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa melalui pelaksanaan program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang berlangsung di Dewan Effisia, PLAK Sungai Petani, Kedah hari ini.

 

Lafaz IBR diketuai oleh YBhg. Dr. Mohd Rafidi Jusoh, Pengarah PLAK Sungai Petani dan disaksikan oleh KPKPj Mustafa Kamal Ahmad, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Kedah. Seramai 100 pegawai dan kakitangan PLAK Sungai Petani turut hadir bagi melafaz IBR.

 

YBhg. Dr. Mohd Rafidi Jusoh, Pengarah PLAK Sungai Petani menyatakan bahawa lafaz IBR ini merupakan simbolik kepada iltizam PLAK Sungai Petani bagi muncul sebagai jabatan yang bebas dan tiada toleransi terhadap sebarang bentuk perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa seterusnya menjadi jabatan yang tadbir urusnya cemerlang, bersih, cekap dan berintegriti dalam melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab yang telah ditetapkan.


Hit : 1960