Berita Pendidikan

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan Zahirkan Kesedaran Basmi Jenayah Rasuah Melalui Lafaz IBR

KOTA BHARU, 24 Apr - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan berkolaborasi bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan bagi mengadakan Program Pemantapan Integriti dan Pencegahan Rasuah. JIM Kelantan juga telah mengambil peluang melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini.

 

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Azhar Abd.Hamid, Pengarah JIM Kelantan dan disaksikan oleh KPKPj Rosli Husain, Pengarah SPRM Kelantan. Seramai 100 orang pegawai dan kakitangan JIM Negeri Kelantan terdiri daripada pelbagai gred jawatan iaitu Gred KP19-KP48, Gred M41-M52, dan Gred L41 turut serta bagi melafaz IBR.

 

Encik Azhar Abd.Hamid, Pengarah JIM Kelantan menekankan dan menzahirkan bahawa jenayah rasuah amat bahaya dan wajib dijauhi oleh semua pihak khusunya seluruh warga JIM Kelantan. Kesedaran tentang bahayanya jenayah rasuah ini bukan sekadar dizahirkan melalui lafaz IBR sahaja malah ianya perlu lahir dari hati yang ikhlas tanpa sebarang paksaan.


Hit : 1959