Berita Terkini

Pupuk Keinsafan dan Kesedaran SPRM Kedah Melalui Ziarah Kasih Ramadhan

KUALA NERANG, 24 Apr - SPRM Kedah turun padang bagi mendekati dan menyantuni masyarakat dalam menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf yang memerlukan di Masjid Sementara Kariah Pekan Kuala Nerang bersempena kedatangan Syawal yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.

 

Seramai 30 asnaf menerima sumbangan berbentuk keperluan asas yang disumbangkan oleh syarikat Hasani Sdn Bhd, IRdeco Sdn Bhd dan TNB Bhd. Sumbangan telah disampai oleh YBhg Dato' Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Negeri Kedah bersama dengan Encik Ahmad Irwan Ariffin, CEO IRDECO, Puan Hindun Saad, TNB Kuala Nerang dan Tuan Haji Syed Hamzah Syed Omar selaku Iman Masjid.

 

Program ini secara tidak langsung memberi keinsafan dan kesedaran kepada pegawai-pegawai untuk terus berjuang memerangi jenayah rasuah agar hak masyarakat terbela dan dilindungi daripada pelaku rasuah yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri. SPRM Kedah berharap program sebegini akan meningkatkan lagi keyakinan dan sokongan masyarakat dalam memberi maklumat berkualiti serta menyampaikan mesej-mesej pencegahan rasuah dengan edaran pamplet yang disertakan bersama. 


Hit : 2433