Kes-kes Menarik

Penjawat awam antara dua yang direman

Shah Alam: Dua individu termasuk seorang penjawat awam direman tiga hari di Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan invois yang mengandungi butiran palsu berjumlah melebihi RM80,000.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Semalam, media melaporkan kedua-dua suspek termasuk seorang penjawat awam wanita ditahan semasa hadir di pejabat SPRM Selangor untuk membantu siasatan kes terbabit.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia 47 tahun yang adalah pengarah teknikal sebuah syarikat teknologi maklumat dipercayai telah mengemukakan invois membabitkan kerja-kerja pendawaian elektrik kepada sebuah sekolah pada tahun 2020 sedangkan kerja-kerja itu disyaki tidak dilaksanakan.

Menurutnya, kesalahan itu dilakukan bersama dengan wanita berusia 55 tahun yang berkhidmat di sekolah terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber : Harian Metro

Hit : 295