Berita IBR

PUSPEN Jeli Beriltizam Cegah Rasuah, Semat Integriti Melalui Lafaz IBR

KOTA BHARU, 21 Apr –  Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jeli, Kelantan menyahut seruan SPRM Kelantan dengan mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Ceramah Anti Rasuah yang julung kali diadakan  bagi menzahirkan sokongan yang padu atas usaha SPRM membasmi jenayah rasuah.

 

Lafaz IBR ini diketuai oleh Encik Aman Mustapha, Pengarah PUSPEN Jeli, Kelantan dan disaksikan oleh KPKPj Rosli Husain, Pengarah SPRM Kelantan. Seramai 50 orang pegawai dan kakitangan PUSPEN Jeli turut serta bagi menzahirkan lafaz dan menandatangani IBR sebagai bukti akujanji dalam menjauhi kegiatan jenayah rasuah.

 

Encik Aman Mustapha, Pengarah PUSPEN Jeli menyatakan bahawa majlis IBR pada hari ini merupakan hasrat dan iltizam seluruh warga PUSPEN Jeli, Kelantan sebagai sebuah agensi yang bebas dan bersih dari segala bentuk jenayah rasuah.


Hit : 2545