Berita Pendidikan

PUSPEN Karangan Sahut Seruan SPRM Dengan Lafaz IBR

KULIM, 17 Apr - Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karangan menyahut seruan SPRM dengan mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PUSPEN Karangan Negeri Kedah pada hari ini.

Lafaz IBR yang diketuai oleh Puan Faizah Mat Isa, Pengarah PUSPEN Karangan Kedah dan disaksikan oleh TPj Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Kedah.

Seramai 82 orang peserta yang hadir dalam majlis yang diadakan secara hybrid itu telah diberikan pendedahan tentang “Perolehan Dalam Perkhidmatan Awam” dalam satu sesi ceramah yang disampaikan oleh PPs Mohd Faiq Hussin, Pegawai Unit Pendidikan Masyarakat.


Hit : 2787