Berita Pendidikan

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) Pupuk Semangat Integriti Di Kalangan Warga Kerjanya Melalui Lafaz IBR

KUALA NERUS, 14 APRIL – Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) yang merupakan sebuah syarikat GLC kepada kerajaan negeri telah menzahirkan komitmen dalam usaha-usaha pencegahan rasuah hari ini melalui Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

 

Lafaz IBR diketuai oleh Tuan. Hj Abdul Karim Endut, Ketua Pegawai Eksekutif SATU dan disaksikan oleh KPKPj Ruslan Che Amad, Pengarah SPRM Terengganu. Seramai 142 orang pegawai dan kakitangan terdiri daripada pengurus-pengurus kanan, ketua-ketua bahagian, pengurus dan ekeskutif turut hadir bagi melafaz IBR.

 

Ceramah bertajuk "Rasuah, Penyelewengan dan Salahguna Kuasa, serta Kesalahan di bawah Seksyen 17A ASPRM 2009" telah disampaikan oleh PKPj Sofian Haroon, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Terengganu. Semoga sesi ceramah ini dapat memberikan kesedaran berkaitan kesalahan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa khususnya di sektor perolehan serta dapat meningkatkan integriti dalam organisasi SATU. 


Hit : 1966