Berita Pendidikan

PUSPEN Jerantut Sahut Seruan Terap Nilai Integriti Melalui Lafaz IBR

JERANTUT, 14 April – Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jerantut, Pahang menyahut seruan Ibu Pejabat PUSPEN bagi melaksanakan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Majlis IBR dengan kerjasama SPRM Pahang telah diadakan di Bilik Mesyuarat PUSPEN Jerantut, Pahang.

 

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Badrul Azhar Azni, Penolong Pegawai Keselamatan Kerajaan PUSPEN Jerantut dan disaksikan oleh PsK Ahmad Rizal Samat, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pahang. Seramai 40 orang pegawai dan kakitangannya PUSPEN Jerantut turut hadir bagi melafaz IBR.


Hit : 2198