Berita Terkini

Pusat Khidmat Kontraktor Tingkat Kemahiran Kopetensi Usahawan Bumiputera Melalui Kunjungan Hormat

PUTRAJAYA, 12 April – Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan kunjungan hormat terhadap Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di Menara Usahawan hari ini.

 

Kunjungan hormat ini bertujuan mengambil langkah proaktif PenMas bagi menjalinkan kerjasama dengan PKK untuk mewujudkan kursus khas Pendidikan antirasuah kepada kontraktor dan usahawan bumiputera.

 

Ahmad Suffian Osman, Ketua Penolong Pengarah PKK menzahirkan penghargaan atas kunjung hormat tersebut dan komited menjalinkan kerjasama bersama SPRM bagi menyebarluaskan mesej antirasuah.

 

Menerusi kerjasama tersebut, PKK akan mewajibkan semua peserta Program Pembangunan Kapasiti Kontrator dan Usahawan Binaan Bumiputera menghadiri kursus pendidikan antirasuah.


Hit : 2233