Berita Pendidikan

PUSPEN Gambang Pahang Bertekad Bebas Daripada Rasuah Melalui Lafaz IBR

GAMBANG, 12 April – Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Gambang menyahut seruan bagi memantapkan integriti dalam diri setiap warganya dengan melaksanakan Majlis lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini bertempat di Bilik Studio, PUSPEN Gambang, Kuantan, Pahang.

 

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Ibni Dulila Mansor, Ketua Cawangan Keselamatan PUSPEN Gambang dan disaksikan oleh PsK Ahmad Rizal Samat, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pahang. Seramai 32 orang pegawai dan kakitangan PUSPEN turut hadir bagi melafaz IBR.

 

Diharap dengan berlangsungnya Majlis IBR ini, setiap warga PUSPEN Gambang dapat bertekad untuk memastikan pentadbiran dan operasi dilaksanakan lebih telus dan bebas daripada gejala rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.


Hit : 1810