Berita Menarik

Juruukur PBT direman kes rasuah

SEREMBAN- Seorang penolong juruukur bahan pihak berkuasa tempatan (PBT) direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah untuk mendapatkan permohonan kelulusan pelan ubah suai rumah tanpa melalui prosedur sah pada Khamis.

Perintah reman terhadap suspek berusia 40 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Intan Syafinaz binti Ros'lin di Mahkamah Trafik Seremban.

Permohonan reman dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Khairi Abdul Karim.

Menurut sumber, suspek ditahan dalam Ops Cinda pada Rabu di Ampangan di sini pada jam 3.30 petang.

Difahamkan pegawai berkenaan disyaki menerima wang rasuah sebanyak RM3,000 daripada seorang individu sebagai balasan mendapatkan kelulusan permohonan pelan ubah suai rumah tanpa melalui prosedur sah yang ditetapkan oleh PBT berkenaan.

Perbuatan itu dilakukan pada tahun Ogos 2019 dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Sumber : Sinar Harian

Hit : 1639