Berita IBR

PUSPEN Raub Zahirkan Semangat Memerangi Rasuah Melaui IBR

RAUB, 7 April – Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Raub telah mengambil langkah proaktif dengan menjadi PUSPEN pertama dalam negeri Pahang yang melaksanakan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan terbuka PUSPEN Sungai Ruan, Raub, Pahang hari ini.

 

Lafaz IBR diketuai oleh SM Abdul Karim Abu, Bahagian Keselamatan PUSPEN Sungai Ruan dan disaksikan oleh KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Pahang. Seramai 40 orang pegawai dan kakitangan PUSPEN turut hadir bagi melafaz IBR.

 

Satu taklimat pencegahan rasuah telah disampaikan oleh PPs Noor Idzuwani Idrus, Unit Siasatan, SPRM Cawangan Raub. Penceramah berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkenaan dengan bahaya jenayah rasuah kepada individu, organisasi dan negara.


Hit : 1793