Berita Pendidikan

AADK Pahang Serap Nilai Integriti Melalui Lafaz Dan Tandatangan IBR

KUANTAN, 5 April – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pahang zahirkan komitmen memerangi rasuah dan menanam nilai integriti di kalangan warga kerjanya melalui Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM Pahang hari ini bertempat di  Pejabat AADK Negeri Pahang, Kompleks KDN, Bandar Indera Mahkota, Pahang.

 

Lafaz IBR diketuai Puan Zirwatul Ahlam Zamzam, Pengarah AADK Pahang dan disaksikan oleh KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Pahang. Seramai 50 orang pegawai dan kakitangan AADK turut serta bagi melafaz IBR.

 

Majlis dimulakan dengan Taklimat Integriti dan Pencegahan Rasuah yang disampaikan oleh Ps Maizatul Idzwie Mat Ali, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Pahang. Penceramah telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkenaan dengan bahaya jenayah rasuah kepada individu, organisasi dan negara.


Hit : 1881