Berita Pendidikan

JAKIM Lafaz IBR Tanda Komitmen Perangi Rasuah Bersama SPRM

PUTRAJAYA, 4 April – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) komited dalam memerangi jenayah rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya pada hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Ustaz Nor Zaidan Hamad, Penolong Pengarah Kanan UKK JAKIM dan disaksikan oleh KPKPj Mohamad Tarmize Abdul Manaf, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

Turut diadakan sesi Dialog Anti Rasuah Bersama SPRM yang merupakan perkongsian mengenai definisi rasuah dan bentuk-bentuk kesalahan rasuah.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Datuk Hajjah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM; pegawai-pegawai JAKIM serta pegawai-pegawai SPRM.


Hit : 2634