Berita Pendidikan

GLC Kedah Bantu SPRM Cegah Rasuah Melalui Program Integriti Dan Lafaz IBR

SUNGAI PETANI, 28 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kedah bersama Jabatan Integriti Tadbir Urus (JITU) Kedah berkerjasama mengadakan Program Integriti & Ikrar Bebas Rasuah yang melibatkan sembilan agensi badan berkanun dan sembilan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Kedah di Auditorium Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah hari ini.

 

Lafaz Ikrar diketuai oleh Encik Muhamad Mahazi Haji Ibrahim, Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Kedah (BPEN) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Invest Kedah Berhad dan disaksikan oleh YBhg Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Kedah.

 

YBhg. Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Kedah menyentuh perihal berkaitan tujuan dan kepentingan pelaksanaan IBR di organisasi, serta tindakan susulan yang boleh dilaksanakan demi memastikan usaha pencegahan rasuah dapat dilaksanakan di setiap organisasi.


Hit : 2008