Berita Terkini

Menteri Besar Perak Sambut Baik Usaha dan Sokongan Kepimpinan Warga Lenggong Sebar Luas Mesej Pencegahan Rasuah Di Negeri Perak

LENGGONG, 25 Mac – SPRM Perak telah mengadakan program bersama kepimpinanan warga Lenggong sempena Majlis Penutupan Program Jelajah Integriti Pelancongan SPRM Perak (JIPS2.0) bertempat di Dataran Tasik Raban, Lenggong.

Majlis yang dirasmikan oleh Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak telah dihadiri seramai 300 pengunjung yang terdiri daripada warga komuniti Lenggong, warga Kerajaan Tempatan, peserta konvoi, Angkatan Mahasiswa Antirasuah Negeri Perak dan Belia Negeri Perak.

Pengisian program ini antaranya Pameran Pelbagai Agensi, Sembang Santai Integriti Warga Lenggong, Sumpah Pimpinan Warga Lenggong, Sumbangan Bantuan  Jaket Keselamatan, Simbolik Penyerahan Mock up Fun Map Perak Bikers Trail dan Penanaman Pokok Simbolik Perasmian Penutupan Program Jelajah Integriti Pelancongan SPRM Perak (JIPS2.0).

 Turut bersama hadir dalam program ini ialah TPj Dato Hj. Mohd Fauzi Hj. Mohamad, Pengarah SPRM Perak;  Dato’ Seri Dr Shamsul Anuar Haji Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong, Dato’ Mohd Tarmizi bHaji Idris, ADUN Kenering, Tuan Mohd Zaisyarahli Shah Zakaria, Pegawai Daerah Hulu Perak dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan Tempatan.

 


Hit : 2616