Berita Terkini

SPRM Perak Sertai Pameran Sempena Karnival Belia Dan Sukan

IPOH, 20 Mac - SPRM Perak telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena Karnival Belia dan Sukan 2022 anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bermula 19 dan 20 Mac 2022 bertempat di Padang Awam Taman Klebang Restu, Ipoh Perak.

Karnival ini telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan. Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang karnival berlangsung adalah Pertandingan Bola Jaring Piala KBS Peja, Kejohanan Futsal Piala Peja, Pameran Kerjaya, Pemeriksaan Kesihatan dan banyak lagi.

Pegawai- pegawai Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Perak juga telah turun ke padang bersama- sama dalam pameran ini untuk menyampaikan informasi tentang bahayanya rasuah serta membuat edaran bahan kempen kepada masyarakat yang berkunjung ke ruang pameran SPRM.


Hit : 494