Berita Terkini

BBGC dan KUSEL Zahirkan Sokongan Perangi Rasuah Dengan Lafaz IBR

SHAH ALAM, 17 Mac – Dua buah anak syarikat Menteri Besar Selangor (Incorporated) iaitu Bukit Beruntung Golf & Country Berhad (BBGC) dan Koridor Utiliti Selangor Sdn Bhd (KUSEL) komited dalam menzahirkan sokongan bersama SPRM memerangi rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Bukit Beruntung Golf & Country Berhad (BBGC).

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Aizat Kamarudin, pegawai Jabatan Integriti dan Governans MBI dan disaksikan oleh PKPj Ridzuan Abd Malik, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Selangor.

Para peserta juga diberi pendedahan tentang Seksyen 17A Liabiliti Korporat dan Integriti/Kesalahan-Kesalahan ASPRM 2009 melalui satu taklimat yang disampaikan oleh PPj Azuan Adzhar.


Hit : 2531