Berita Terkini

Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) Komited Perangi Rasuah Dengan Lafaz IBR

JEMPOL, 16 Mac - Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) menzahirkan sokongan untuk bersama-sama SPRM memerangi rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Jempol, Negeri Sembilan.

Lafaz IBR diketuai oleh YM Raja Norazli Raja Nordin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) dan disaksikan oleh P/KPKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, Pengarah SPRM Negeri Sembilan.

Para peserta juga diberi pendedahan berkaitan ‘Isu-isu Rasuah dan Integriti dalam Perkhidmatan Awam’ melalui ceramah yang disampaikan oleh PPs Riduan Kadri.


Hit : 533