Berita Menarik

Bekas pengarah jabatan ditahan kes rasuah RM1.2 juta

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan bekas pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah lebih RM1.2 juta membabitkan kerja perkhidmatan daripada dua buah syarikat.

Sumber berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu, kira-kira jam 10 pagi.

"Lelaki terbabit yang kini berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan lain disyaki menerima habuan itu sebagai balasan memberi projek perkhidmatan penundaan di jabatan berkenaan antara tahun 2017 hingga 2018," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

"Kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"Suspek dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, dalam masa yang terdekat," katanya.

Sumber : Berita Harian



Hit : 1885