Berita Terkini

Blue Archipelago Bhd (BAB) Pupuk Integriti Dikalangan Warga Kerja Melalui Lafaz IBR

SETIU, 8 Mac – Blue Archipelago Berhad (BAB) yang merupakan anak syarikat kepada Khazanah Nasional Berhad menzahirkan komitmen dalam usaha-usaha pencegahan rasuah bersama SPRM Terengganu melalui Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini. 

 

Seramai 30 orang pegawai dan kakitangan terdiri daripada ketua bahagian, pengurus dan eksekutif turut hadir bagi melafaz dan menandatangani dokumen IBR. Lafaz IBR diketuai oleh Encik Wan Nadhri Wan Fauzi, Ketua Pegawai Eksekutif dan disaksikan oleh KPKPj Ruslan Che Amad, Pengarah SPRM Terengganu. 


Hit : 1968