Berita Pendidikan

JPNIN Selangor Zahirkan Sokongan Cegah Rasuah Melalui Lafaz dan Tandatangan IBR

SHAH ALAM, 7 Mac – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Selangor (JPNIN) memupuk dan meningkatkan nilai integriti dalam kalangan warganya melalui Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini yang berlangsung di Dewan Auditorium Jubli Perak, Shah Alam. Selangor.

 

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Burhanuddin Haji Daud, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Selangor dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Alias Salim, Pengarah SPRM Selangor. Seramai 300 orang warga JPNIN turut hadir secara bersemuka dan secara maya yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Perpaduan, guru-guru Taska dan Tabika serta wakil-wakil di sembilan Pejabat  Perpaduan Daerah Selangor bagi melafaz IBR.

 

Semoga dengan adanya majlis IBR ini dapat menzahirkan sokongan penuh ke atas usaha-usaha SPRM dalam mencegah rasuah dan meningkatkan tahap integriti dalam kalangan warga JPNIN Selangor khususnya.


Hit : 1836