Berita Terkini

SPRM Negeri Sembilan Semarakkan Seminar Integriti Bersama Kontraktor Melayu Negeri Sembilan

SEREMBAN, 3 Mac - SPRM Negeri Sembilan telah melaksanakan Seminar Integriti bersama Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Sembilan (PKMMNS) yang melibatkan seramai 50 orang kontraktor dari kelas G1 hingga G7 pada hari ini.

Para peserta didedahkan dengan sesi ceramah yang memberi penekanan tentang isu-isu rasuah, tuntutan palsu dan salah guna kuasa yang disampaikan oleh KPKPs Zamruddin Muhidin, Pegawai SPRM.

Turut diadakan sesi dialog yang membicarakan isu-isu yang kerap dihadapi oleh kontraktor dengan barisan panel yang terdiri daripada KPKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awangkok Ismail, Pengarah SPRM Negeri Sembilan; Tuan Hj Jamaludin Abd Manaf Naib Yang Dipertua PKMMNS dan Puan Ruzanna Sager Ahmad, Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Sembilan.


Hit : 395