Berita Terkini

Forum Benci Rasuah dalam Adab Dan Adat Melayu Mampu Tingkatkan Kesedaran Benci Rasuah

SELANGOR, 28 Feb – Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) , SPRM bersama-sama Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan satu Forum Benci Rasuah berdasarkan Adab dan Adat Melayu bertempat di Perpustakaan Tun Seri Lenang, Universiti Kebangsaan Malaysia pada hari ini.

Objektif forum adalah untuk mendidik masyarakat membenci rasuah dan mengamalkan nilai-nilai yang baik melalui budaya teromba di alam Melayu.

Antara ahli-ahli panel untuk forum ini ialah KPKPj Ab Muneim Ibrahim, Ketua Seksyen Outreach PenMas; Prof. Madya Datok Paduka Dr. Mohd. Rosli Saludin, Felo Penyelidik Kanan ATMA dan Prof. Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin, Ketua Unit Integriti & Ombudsman UKM.

Forum yang diadakan secara hybrid ini telah dihadiri oleh 20 pegawai dan kakitangan UKM, 187 peserta atas talian (ZOOM) serta 53 peserta atas talian facebook live.


Hit : 478