Berita Terkini

SPRM Perak Anjur Program Semarakkan Integriti Rasuah Diperangi Bersama Kerajaan Negeri Perak

IPOH, 19 Feb – SPRM Perak bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan Program Semarakkan Integriti Rasuah Diperangi Bersama Kerajaan Negeri Perak Tahun 2022 bertempat di Lapang Sasar Ibu Pejabat Kontinjen Perak, Ipoh Perak, hari ini.

Objektif program adalah untuk meluaskan rangkaian sumber dengan agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri Perak.

Majlis telah dirasmikan oleh Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin, Penasihat Undang-undang Negeri Perak diringi bersama TPj Dato’ Hj. Mohd Fauzi Hj. Mohamad Pengarah SPRM Perak.

Turut memeriahkan program adalah dengan kehadiran Dato’ Zul Azlan Abu Hassan, Pegawai Kewangan Negeri; Dato’ Haji Mohd Zolkafly Harun, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh serta pegawai-pegawai SPRM.


Hit : 2486