Berita Pendidikan

Jabatan Imigresen Negeri Sembilan Jaga Nama Baik Serta Imej Jabatan Melalui Lafaz IBR

SEREMBAN, 14 Feb - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan menyahut seruan SPRM bagi mengekalkan integriti dengan menjaga nama baik serta imej jabatan melalui Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini.

 

Lafaz yang diketuai oleh Tuan Kennith Tan Ai Kiang, pengarah Imigresen Negeri Sembilan dan disaksikan oleh KPKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, Pengarah SPRM Negeri Sembilan. Turut hadir bersama bagi melafaz IBR adalah warga kerja JIM Negeri Sembilan.

 

KPKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra menekankan beberapa perkara, antaranya kewajipan kepada penjawat awam untuk melaporkan sebarang penawaran atau pemberian rasuah serta insentif yang akan diterima oleh penjawat awam sekiraya kes tersebut telah selesai di peringkat mahkamah. Beliau juga menyeru pihak JIM Negeri Sembilan untuk mengambil langkah proaktif bagi mengadakan sesi penerangan yang turut melibatkan pihak-pihak berkepentingan yang sentiasa berurusan dengan JIM Negeri Sembilan seperti agen-agen pekerja asing.


Hit : 2175