Berita Terkini

Alam Flora Sdn Bhd Komited Perangi Rasuah Dengan Lafaz IBR

KUANTAN, 10 Feb – Pengurusan Alam Flora Sdn. Bhd. bersama kontraktor-kontraktor yang berdaftar telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama membanteras rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Kompleks Dagangan Kuantan, Bandar Indera Mahkota pada hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Mohd Ezam Mohd Shah, Pengurus Negeri Pahang Alam Flora Sd. Bhd dan disaksikan oleh PsK Ahmad Rizal Samat, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pahang.

Seramai 30 orang peserta hadir dan mereka telah didedahkan ceramah mengenai Liabiliti Korporat dan Kesalahan Seksyen 17A.

Turut hadir ialah Encik Hassan Bacho, Pengurus Bahagian Pengurusan Kontrak Alam Flora Sdn. Bhd. dan Puan Ain Sakinah Zulkifli, Pegawai Bahagian Integriti Alam Flora Sdn. Bhd.


Hit : 2428