Berita Terkini

Edotco Group Sdn Bhd Komited Perangi Rasuah Dengan Lafaz IBR

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Edotco Group Sdn Bhd komited untuk bersama-sama SPRM memerangi rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersempena Hari Integriti 2022 bertempat di Auditorium Axiata, Tingkat 32, Menara Axiata Kuala Lumpur pada hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Adlan Tajudin, Ketua Pegawai Eksekutif Edotco dan disaksikan oleh KPKPj Mohamad Tarmize Abdul Manaf, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM

Seramai kurang 67 orang kakitangan Edotco Group Sdn Bhd hadir secara bersemuka dan 688 kakitangan termasuk dari anak syarikat luar negara hadir secara maya ke majlis ini.

Para peserta juga diberi pendedahan mengenai Seksyen 17A  Akta SPRM 2009 melalui ceramah oleh Ps Thilak A/L Munusamy.


Hit : 1310