Berita Pendidikan

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Sahut Seruan Basmi Rasuah Melalui Lafaz Dan Tandatangan IBR

ISKANDAR PUTERI, 25 Jan - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menzahirkan komitmen membanteras jenayah rasuah bersama SPRM melalui majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini.

 

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Raja Abu Bakar Raja Yahya, Ketua Penguatkuasa MBIP dan disaksikan oleh PKPj Sheikh Hamadi Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Johor. Seramai 150 warga kerja MBIP turut hadir bersama melafaz IBR.

 

PKPj Sheikh Hamadi Sheikh Abdul Hamid berkata, usaha yang dilakukan oleh MBIP ini jelas memperlihatkan keikhlasan, komitmen kerja dan keinginan untuk berkhidmat dalam suasana kerja yang kondusif dan bebas dari gejala rasuah demi menjalankan amanah dan tanggungjawab.


Hit : 1912