Berita Pendidikan

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Sahut Seruan SPRM Lafaz IBR

BINTULU, 24 Jan – Jabatan Tenaga Kerja Sarawak komited dalam menyokong hasrat SPRM menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersempena dengan Program Persidangan Pegawai-pegawai Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sarawak yang diadakan di Hotel Promenade Bintulu pada hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Mohammad Shahrudin Zaidel dan disaksikan oleh PsK Rosman Wak, Ketua Cawangan SPRM Cawangan Bintulu.

Seramai 130 orang warga Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sarawak hadir dalam majlis ini.


Hit : 2600