Berita Terkini

Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Mantapkan Integriti Dengan Lafaz IBR

KUCHING, 24 Jan – Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) komited dalam menyokong hasrat SPRM memerangi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersempena Majlis Sambutan Hari Integriti yang diadakan di Dewan Persidangan, Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Puan Sharzede Datu Hj Salleh Askor, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) STB dan disaksikan oleh PPj Mardiana Han, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM.

Peserta juga didedahkan dengan ceramah berkaitan Pengurusan Integriti dan Kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

Turut hadir dalam majlis ialah Dato' Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan, Negeri Sarawak.


Hit : 2698