Berita Terkini

Warga JPN Perak Sertai Program Semarakkan Integriti Perangi Rasuah

IPOH, 20 Jan – Seramai 30 orang warga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak  berkunjung ke SPRM Perak dalam Program Semarakkan Integriti Perangi Rasuah bertempat di pejabat SPRM Perak, hari ini.

Peserta telah diberikan taklimat berkaitan keselamatan serta ceramah berinformasi tentang integriti, fungsi dan tugas SPRM. 

Seterusnya rombongan ini dibawa melawat ke Bilik Rakaman Bervideo (VIR), Lokap SPRM, Bilik Kawad Cam dan koleksi mural pencegahan.

Turut hadir dalam program ini ialah Puan Shadatul Azila Mohd Puzi, Ketua Penolong Pengarah Sektor Integriti JPN Perak dan pegawai-pegawai dari Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Perak.


Hit : 1114