Berita Terkini

Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas Kota Bharu Pupuk Semangat Cegah Rasuah Melalui Program Wira Anti Rasuah (WAR)

KOTA BHARU, 18 Jan - Program Wira Anti Rasuah (WAR) Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan telah dilaksanakan dengan jayanya. Program yang diadakan ini bersempena Majlis Pertandingan Esei Pendek Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas, Kota Bharu.

 

Seramai 75 orang pelajar sekolah kebangsaan berpeluang mendampingi SPRM dengan lebih dekat bagi mengetahui bidang tugas dan peranan SPRM dalam membanteras jenayah rasuah. Program ini berbentuk santai dan ceria bertujuan memupuk sikap bencikan najis rasuah di dalam diri para pelajar sebagai persediaan menjadi agen perangi rasuah di masa hadapan.

 

Program WAR Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas ini telah dirasmikan oleh PPj Azizi Abdul Latif, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Kelantan.     


Hit : 2167