Berita Pendidikan

Angkatan Pertahanan Awam Pahang Menjaga Keberkatan Mencari Rezeki Melalui IBR

KUANTAN, 19 Jan - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang mengadakan satu Majlis Perhimpunan Setia dan disertakan dengan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan di Dewan Auditorium Kompleks Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pahang hari ini.

 

Lafaz IBR diketuai oleh Lt. Kol (PA) Wan Ab. Rahim Wan Sulaiman, Timbalan Pengarah APM Pahang dan proses tandatangani IBR disaksikan oleh KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Pahang. Seramai 100 pegawai dan kakitangan APM Pahang turut hadir melafaz IBR bagi menunjukkan semangat basmi rasuah dikalangan warga kerja APM Pahang.

 

YS Kol. (PA) Che Adam A. Rahman, Pengarah APM Pahang menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak SPRM Pahang kerana menyokong penuh kepada pihak APM dalam menjayakan majlis IBR ini. Beliau juga telah mengingatkan kepada warga kerjanya berkenaan tanggungjawab untuk sentiasa menyematkan integriti dalam diri dan amanah dalam menjalankan tugas demi menjaga keberkatan dalam mencari rezeki.


Hit : 1939