Berita IBR

Pejabat Tanak Dan Galian Johor Mendidik Warga Kerjanya Berintegriti Melalui Lafaz IBR

KOTA ISKANDAR, 17 Jan - Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Johor menzahirkan komitmen membantu SPRM memerangi jenayah rasuah melalui lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail Johor, hari ini.

 

Lafaz ikrar diketuai oleh Tuan Haji Ashari Kasnan, Pengarah PTG Johor dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Azmi Alias, Pengarah SPRM Johor. Seramai 351 warga kerja PTG turut hadir melafaz ikrar.

 

YBhg. Dato’ Azmi Alias berharap agar program IBR ini bukan hanya sekadar melafaz semata-mata tetapi setiap perkataan yang dilafazkan perlulah disematkan dalam diri setiap warga kerja PTG agar mampu menjadi pendinding daripada melakukan sebarang jenayah rasuah.


Hit : 1880