Berita Terkini

Waqaf An-Nur Zahirkan Komitmen Perangi Rasuah

JOHOR BAHRU, 16 Jan - Waqaf An-Nur Corporation Berhad (Waqaf An-Nur) menyahut seruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan melafazkan dan menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR) bertempat di Hotel Trove, Johor Bharu hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Bukhari Bin Abd. Rahman, Ketua Eksekutif Waqaf An-Nur dan disaksikan oleh Dato’ Azmi Bin Alias, Pengarah SPRM Johor.

Seramai 100 warga Waqaf An-Nur hadir dalam majlis IBR. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PKPj Sheikh Hamadi Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Johor dan Pengurus Besar Waqar An-Nur, Mohd Bahrin Bakri.


Hit : 2305