Berita Pendidikan

Majlis Daerah Lundu Sarawak Komited Tangani Rasuah Melalui Lafaz IBR

LUNDU, 12 Jan - Majlis Daerah Lundu Negeri Sarawak menzahirkan sokongan terhadap pencegahan jenayah rasuah melalui lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersempena Jerayawara Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) hari ini.

 

Lafaz ikrar diketuai Encik Ong Chin Ping, Timbalan Setiausaha Majlis Daerah Lundu dan disaksikan oleh PKPs. Suzita Marikan, wakil daripada SPRM Sarawak. Seramai kira-kira 60 orang kakitangan Majlis Daerah Lundu bersama19 Pihak Berkuasa Tempatan turut hadir melafaz IBR.

 

Diharapkan majlis IBR ini dapat menyemarakkan lagi budaya kerja berintegriti dan membudayakan sikap membenci rasuah dikalangan warga kerja Majlis Daerah Lundu.


Hit : 1923