Berita Terkini

JPNS Zahirkan Komitmen Bersama SPRM Perangi Rasuah Dengan Lafaz IBR

SUNGAI BULOH, 11 Jan – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah menzahirkan komitmen serta sokongan penuh kepada SPRM dengan melafaz dan menandatangani lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Lumu, Pejabat Pembangunan Hutan, Sungai Buloh.

Lafaz IBR diketuai oleh Dato’ Ahmad Fadzil Abdul Majid, Pengarah JPNS dan disaksikan oleh PKPj Ridzuan Abd Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor.

Lafaz IBR ini memperlihatkan kesungguhan JPNS dalam memastikan urusan pentadbiran dan operasi jabatan dilaksanakan dengan lebih telus serta bebas daripada sebarang gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Turut hadir dalam majlis ini ialah KPKPj Hishammudin Mohammed Esa, Ketua Unit Integriti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia; PPj Kamaruzaman Yusoff, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM Selangor dan pegawai-pegawai Penmas SPRM Selangor.


Hit : 2652