Berita Pendidikan

Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Tinggi Komited Dalam Menangani Rasuah Melalui Lafaz Dan Tandatangan IBR

KOTA TINGGI, 10 Jan - Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Tinggi menzahirkan komitmen membanteras jenayah rasuah bersama-sama SPRM hari ini melalui lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di dewan PPK Kota Tinggi.

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Ainuddin Wahid, Pengurus Besar PPK dan disaksikan oleh PPj Haslinda Hamzah, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM Johor. Seramai 32 warga kerja PPK turut hadir melafaz IBR.

Semoga IBR ini dapat memberikan komitmen kerja PPK dalam berkhidmat dengan suasana kerja yang kondusif dan bebas dari gejala rasuah.


Hit : 1942