Berita Pendidikan

Majlis Derah Subis Bantu SPRM Menangani Rasuah Dengan Lafaz IBR

SUBIS, 7 Jan - Majlis Daerah Subis Negeri Sarawak (MDS) menzahirkan sokongan mencegah jenayah rasuah melalui lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan secara bersemuka bersempena Jerayawara Pelan AntiRasuah Organisasi (OACP).

 

Lafaz ikrar diketuai oleh Puan Nur Farisha Ibrahim, Timbalan Setiausaha Majlis Daerah Subis dan disaksikan oleh PPj. Wan Kamal Noor Izwan Wan Kamarudin, Ketua Penolong Pengarah SPRM Miri. Seramai 44 orang terdiri daripada kakitangan MDS dan 19 pihak berkuasa tempatan turut hadir melafaz IBR.

 

Semoga majlis IBR ini dapat menyemarakkan lagi budaya kerja berintegriti dan membudayakan sikap membenci rasuah dalam kalangan warga kerja MDS.


Hit : 1788