Berita Pendidikan

JKOM Memperkasakan Integriti Dalam Seruan Membasmi Rasuah Melalui Lafaz IBR

PUTRAJAYA, 6 Jan - Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) menzahirkan sokongan bersama SPRM dalam mencegah rasuah melalui lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan bersempena Majlis Amanat Ketua Pengarah J-KOM hari ini.

 

Majlis lafaz IBR ini diketuai oleh YBhg. Dato' Dr. Zuraidi Ishak, Ketua Pengarah J-KOM dan disaksikan oleh YBhg. Datuk Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

 

Di dalam amanat KP J-KOM menekankan peranan integriti warga kerja supaya maklumat yang disampaikan betul kepada masyarakat. Dalam usaha memerangi rasuah, J-KOM telah memohon pegawai kader daripada SPRM bagi membantu memperkasakan fungsi J-KOM.


Hit : 335