Berita Pendidikan

PERKESO Negeri Kedah Zahirkan Sokongan Hapus Rasuah Melalui Lafaz IBR

ALOR SETAR, 5 Jan - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Kedah membuka tirai tahun 2022 dengan menzahirkan lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini bagi menunjukkan sokongan yang padu atas usaha SPRM dalam membendung isu rasuah.

Majlis yang diadakan secara fizikal dan atas talian ini berlangsung di Dewan Wisma PERKESO yang dihadiri oleh para pegawai dari empat hospital utama Negeri Kedah iaitu Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Kulim dan Hospital Sultanah Maliha.

Ahli Jemaah Doktor, Jemaah Doktor Rayuan, Jemaah Khas Doktor. Ketua Jabatan dan pakar-pakar telah melafaz IBR yang diketuai oleh Dr. Othman Warijo, Pengarah Kesihatan Kedah dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Kedah.

Hit : 2032