Berita Pendidikan

MBPG Sahut Seruan SPRM Menangani Rasuah Melalui IBR

PASIR GUDANG, 2 Jan - Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) Johor menzahirkan komitmen memerangi jenayah rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini bersama 569 warga kerjanya di Dewan Serbaguna Mawar, Pasir Gudang, Johor.

Majlis lafaz IBR ini diketuai oleh Yusof Abdul Wahab, Timbalan Setiausaha MBPG dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Asman Shah Abd Rahman, Datuk Bandar MBPG bersama YBhg. Dato’ Azmi Alias, Pengarah SPRM Johor.

Dato’ Azmi Alias berkata dalam ucapannya, usaha yang dilakukan oleh MBPG membuktikan komitmen yang sangat tinggi bagi membantu SPRM menangani usaha memerangi jenayah rasuah. Beliau juga berharap warga kerja MBPG akan terus mengamalkan integriti bagi memutuskan rantaian rasuah. Pastikan tiada kerja yang menjurus kepada kepentingan peribadi.

Hit : 164