Berita Terkini

MACA Sedia Jalin Kerjasama Dengan Agpou Dalam Usaha Transformasi Pencegahan Rasuah

KualaLumpur, 24 Nov -  AkademiPencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bersama-sama Akademi Pejabat Pendakwa RayaUzbekistan (AGPOU) merancang untuk memperkukuhkan jalinan hubungan sedia adadengan mengadakan sesi perkongsian maklumat antara satu sama lain.

Perkara ini termasuklah peluang bagi menjalinkerjasama dalam bidang latihan, kemahiran serta kepakaran selaras usahamemerangi rasuah di peringkat nasional dan antarabangsa.

Menerusi Persidangan Video yang dianjurkan olehKedutaan Uzbekistan di Malaysia, semalam, pihak AGPOU telah meminta MACA untukmengendalikan kursus-kursus seperti Siasatan Berasaskan Perisikan (IBI),Pengurusan Risiko Rasuah (CRM), Pengubahan Hasil Rasuah & Rasuah BerskalaBesar.

MACA dan AGPOU juga turut berbincang untukmenandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) selaras idea agensi dariUzbekistan itu yang mempelawa pegawai MACA bagi mengendalikan latihan di negaraberkenaan.

Malah, pelawaan berkenaan disambut baik olehPengarah MACA, Dato' Idris Zaharudin yang turut menawarkan beberapa latihan diMACA yang bersesuaian untuk AGPOU.

Sidang video berkenaan turut dihadiri oleh DutaBesar Uzbekistan ke Malaysia, Rasvshan Usmanov dan Ketua Akademi PejabatPendakwa Raya Uzbekistan, Evgeniy Kolenko.

Hit : 1608