Berita Terkini

Integriti Amalan Budaya Kerja Cemerlang

KUALA LUMPUR, 2 Nov. - Integriti merupakan aspek yang sangat penting dalam kita menjalani kehidupan seharian. Isu integriti bukan hanya terfokus kepada isu-isu rasuah sahaja, malah ia merupakan satu konsep yang lebih besar.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali berkata, amalan budaya kerja cemerlang berkait rapat dengan integriti seperti ketepatan waktu, penyampaian maklumat yang sahih, memelihara kerahsiaan maklumat dan pergaulan antara rakan sekerja.

“Organisasi yang tidak mementingkan integriti dalam setiap urusan harian tidak akan bertahan lama kata. Penulis Samuel Johnson pernah berkata, “Integrity without knowledge is weak and useless, and knowledge without integrity is dangerous and dreadful”.
 
"Usaha meningkatkan nilai integriti organisasi ini juga adalah selaras dengan hasrat dan agenda anti-rasuah negara melalui Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 di mana salah satu bidang keutamaan yang ditetapkan ialah STRATEGI 6.1 iaitu memupuk tadbir urus baik dalam entiti korporat bagi memastikan syarikat-syarikat korporat bertanggungjawab kepada pemegang taruh dan bukan hanya kepada pemegang saham.

"Inisiatif ini adalah bagi memastikan entiti korporat mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap ancaman rasuah semasa menjalankan perniagaan, "katanya.

Tambah beliau, usaha untuk meningkatkan budaya integriti dan membanteras jenayah rasuah di negara ini tidak boleh hanya bergantung kepada tindakan penguatkuasaan oleh SPRM semata-mata. Malah, usaha pembanterasan rasuah tidak akan membuahkan hasil tanpa kerjasama semua pihak kepada SPRM.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Khazanah Integrity Event di Mercu UEM di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Khazanah Nasional,Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir.


Hit : 2232