Berita Terkini

JKR Pahang Tekad Perangi Rasuah Dengan Lafaz IBR

KUANTAN, 21 Okt – Unit Integriti (UI) Kementerian Kerja Raya (KKR) dengan Bahagian Integriti (BAI), Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang komited untuk bersama-sama SPRM memerangi rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Mohd Nizam Din, Ketua Bahagian Integriti, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, JKR Malaysia dan disaksikan KPKPj Hairuzam Mohmad Hamim, Pengarah SPRM Pahang.

Turut diadakan Program Semarak Integriti yang bertujuan memberikan pendedahan dan penekanan tentang implikasi buruk tabiat rasuah, membentuk warga Kementerian yang berakauantabiliti tinggi dalam membentuk hubungan sosial.


Hit : 943