Berita IBR

Majlis Daerah Tampin Bendung Kegiatan Rasuah Melalui Lafaz IBR

TAMPIN, 13 Okt - Majlis Daerah Tampin (MDT) menzahirkan lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini bagi membendung kegiatan rasuah dalam kalangan warga kerja MDT.

Seramai lebih kurang 100 orang pegawai dan kakitangan MDT telah melafaz IBR yang diketuai oleh Encik Zahari Md Afandi, Yang Dipertua Negeri dan disaksikan oleh KPKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, Pengarah SPRM Negeri Sembilan.

Encik Zahari Md Afandi memperingatkan warga MDT agar sentiasa mengamalkan sikap berintegriti dalam melaksanakan bidang kerja masing-masing.


Hit : 1976