Kes-kes Menarik

Bekas penyelaras DUN Lendu direman enam hari

MELAKA - Seorang bekas penyelaras Pusat Khidmat Masyakat Dewan Udangan Negeri (DUN) Lendu direman selama enam hari bermula Rabu bagi membantu siasatan berkaitan kes melakukan tuntutan palsu hampir RM100,000.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Melaka, Azureen Sahira Sauffee Afandi terhadap suspek berusia 37 tahun untuk siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Suspek yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.40 pagi.

Jurucakap SPRM berkata, suspek ditahan kira-kira jam 6 petang pada Selasa di Pejabat SPRM Melaka selepas disyaki telah membuat tuntutan palsu berkaitan program yang dilaksanakan di kawasan DUN Lendu yang keseluruhan berjumlah RM97,868.

Suspek dipercayai mengemukakan kertas kerja kepada Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah (PDTAG) bagi tujuan pelaksanaan lapan program namun aktiviti tersebut tidak pernah dilaksanakannya sepanjang Mac sehingga Februari tahun lalu.

Pengarah SPRM Negeri, Mohd. Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut.

Sumber : Sinar Harian


Hit : 118