Berita Pendidikan

Pengarah SPRM Melaka Terima Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan BOMBA Mela

MELAKA, 12 Oktober – PKPj Mohd Shahril Che Saad, Pengarah SPRM Negeri Melaka telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Abu Bakar Katain, Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Melaka di Pejabat SPRM Melaka pada hari ini.

Objektif pertemuan ini lebih kepada menjalinkan kerjasama dan tindakan proaktif samada dari segi penguatkuasaan mahupun pencegahan dalam usaha bagi memastikan Jabatan Bomba & Penyelamat sentiasa ke hadapan dalam memberi sokongan membudayakan cara kerja yang berintegriti.

Pengarah SPRM Melaka juga menyarankan untuk memperkemaskan lagi Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) jabatan dan berusaha mendapatkan persijilan ISO 37001:2016 (ABMS) supaya ianya boleh menjadi dasar dan panduan oleh warga kerja Jabatan Bomba & Penyelamat Melaka.


Hit : 4468