Berita Pendidikan

LHDN Negeri Perak Jalin Kerjasama Strategik Bersama SPRM Perak Melalui Kunjungan Hormat

IPOH, 6 Okt – YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi Haji Mohamad, Pengarah SPRM Perak menerima kunjungan hormat daripada Encik Shaharrudy Othman, Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Perak, di pejabat pengarah SPRM Perak hari ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk beramah mesra serta membincangkan kerjasama dari sudut operasi dan pencegahan serta pelbagai usahasama yang bakal dilaksanakan di antara SPRM Perak dan LHDN Perak. 

 

Diharapkan pertemuan yang diadakan ini dapat menjalinkan kerjasama yang lebih utuh dalam menyebar luas mesej pencegahan rasuah di negeri Perak.


Hit : 2884